KESIAN… seorang warga emas berusia 84 tahun meninggal dunia akibat sesak nafas selepas terperangkap dalam almari baju ketika sedang mencari biskut yang disembunyikan oleh anaknya.
Anak wanita itu berbuat demikian kerana ingin menjaga kesihatan ibunya, yang menderita penyakit kencing manis.
Namun tindakannya itu ternyata bukan cara yang sesuai kerana wanita yang tidak dinamakan itu telah mencari biskut berkenaan di seluruh rumah.
Dalam kejadian menyayat hati yang berlaku di Itali, warga emas terbabit kemudian terperangkap di dalam almari yang dipenuhi dengan baju hingga menyukarkannya bernafas.
Mayatnya terpaksa dikeluarkan dengan bantuan bomba. – MYNEWSHUB.CC

