RED Hong Yi, arkitek dan lulusan Master Seni Bina dari Universiti Melbourne sebelum ini pernah mendapat liputan meluas apabila menghasilkan lukisan Yao Ming dengan bola keranjang, Jay Chou dengan kopi dan orang teh tarik menggunakan 20,000 uncang teh.
Sememangnya kemahiran Red menggunakan barangan harian bagi menghasilkan satu kerja seni yang menarik amat dikagumi.
Terbaharu, demam “Star Wars” menyaksikan satu lagi hasil kerja mengagumkan daripada Red.
Menggunakan coklat-coklat yang dipacak hingga menimbulkan suatu imej bayang watak-watak Star Wars, Red turut menggunakan daun-daun kering sebagai bahan kerja untuk kerja seninya kali ini.
1. Star Wars
2. Princess Leia Skywalker
3. Darth Vader
4. R2-D2
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=oKd_cAvIZO8]




