Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Masing-Masing Didenda...

SEREMBAN - Sepasang suami isteri masing-masing didenda RM240,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini,...

Ucap Selamat Buat “Tokoh...

SINGAPURA - Warga Singapura turut mendoakan semoga Datuk Seri Najib Tun Razak segera...

4 Rakan Bebas Tuduhan...

SAMBUTAN Tahun Baru Cina tahun ini lebih bermakna buat empat rakan apabila mereka...

Dollah Salleh Puji Semangat...

KUALA LUMPUR - Ketua Jurulatih Pahang Dollah Salleh memuji semangat berpasukan terbaik yang...

Video: Hacker Perlu 200K Views Video Di YouTube Untuk Bebas

SEORANG hacker bernama Jakub F, 30, yang didapati bersalah oleh Mahkamah Czech kerana menciplak Windows dan beberapa perisian lain, dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dan denda 5.7 juta koruna (RM944,565).

Jakub yang tidak mampu membayar denda selepas disaman Microsoft, HBO, Sony Music dan 21st Century Fox itu bagaimanapun, telah diberikan satu tawaran menarik untuk membolehkan dia terlepas daripada hukuman dengan hanya membayar denda dalam jumlah kecil sahaja.

Tawaran yang dibuat oleh Microsoft dan dipersetujui adalah Jakub itu adalah dia perlu menghasilkan satu video anti cetak rompak yang mendapat sekurang-kurangnya 200,000 tontonan di YouTube.

Jurucakap Business Software Alliance yang mewakili Microsoft berkata, mereka meletakkan syarat 200,000 tontonan untuk memastikan Jakub berkongsi video yang dihasilkannya itu secara meluas.

“Selama 8 tahun menyebarkan perisian lanun, saya tidak rasa melakukan apa-apa kesalahan yang merosakkan syarikat-syarikat besar. Saya tidak melakukannya kerana duit tetapi untuk ‘suka-suka’ sahaja,” ujar Jakub, merujuk kepada perbuatannya menciplak perisian selama ini.


Ternyata, video yang dihasilkan Jakub berjudul The Story of My Policy itu dianggap menarik kerana ianya ibarat menonton kisah jenayah sebenar dan kini video itu sudah pun mendapat lebih 1,120,000 tontonan. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=CKjPutIlBCA]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori