• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usaha Pencarian MH370 Didasar Laut Dijangka Selesai Jun 2016

oleh Ahmad Albab
24/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 di dasar laut di Lautan Hindi dijangka selesai sekitar Jun 2016, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) hari ini.

JACC berkata daripada kawasan pencarian seluas 120,000km persegi, lebih 80,000km persegi kawasan di dasar laut berkenaan sudah diterokai dalam misi pencarian, setakat ini,.

“Usaha mencari pesawat MH370 akan dijalankan walaupun semasa Krismas dan Tahun Baru,” menurut agensi itu dalam satu kenyataan.

Mengenai operasi terkini pencarian, JACC berkata kapal Fugro Discovery menjalankan misi pencarian menggunakan peralatan tunda jauh ke dasar laut serta kapal Havila Harmony yang menggunakan Kenderaan Bawah Air Autonomi (AUV).

Kapal Fugro Equator telahpun tiba di pelabuhan Freemantle, Australia untuk menghantar bekalan dan menjalankan operasi penyelenggaraan enjin, kata JACC.

Pesawat MH370 dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014 dengan membawa 239 penumpang dan krew. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]e5adwrz_Mvw[/wpdevart_youtube]

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd