• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukang Jahit Mati Dipercayai Ditikam Suami Di Kluang

oleh Ahmad Albab
20/12/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang wanita ditemukan mati dipercayai ditikam oleh suaminya, dalam satu kejadian di rumah mereka di Taman Kluang Barat, Kluang, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor SAC Kamarul Zaman Mamat berkata mayat mangsa yang berusia 47 tahun itu, dijumpai oleh anak lelakinya yang berusia lingkungan 20-an ketika pulang dari bekerja, kira-kira pukul 5.30 pagi ini.

Beliau berkata ketika dijumpai, mayat tukang jahit itu terbaring atas lantai manakala suaminya, 52, terbaring di atas mangsa.

“Siasatan awal polis mendapati kes itu berpunca daripada masalah rumahtangga dan mangsa dipercayai dibunuh suaminya sebelum lelaki itu kemudiannya cuba membunuh diri,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Beliau berkata polis menemukan kesan luka tikaman sedalam kira-kira dua sentimeter dan satu tetakan di dagu berukuran lapan sentimeter pada mangsa manakala kecederaan di pergelangan tangan suspek, yang bekerja sebagai tukang masak.

Sebilah pisau dan gunting, yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu, turut dijumpai, kata Kamarul Zaman.

Beliau berkata suspek dibawa ke hospital untuk rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh, katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]C3JXyU83-Ds[/wpdevart_youtube]

Tags: mauttikam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd