KUALA LUMPUR – Aliran trafik di semua lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat pukul 5 petang ini.
Menurut jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd, walaupun banyak kenderaan melalui Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Port Dickson ke Seremban, namun aliran trafik lancar dan terkawal.
Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) juga masih lancar dan terkawal setakat ini, kata jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

