• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kerjasama Dengan UMNO Jika Dipengaruhi ISIS – PAS

oleh Ahmad Albab
13/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS tidak akan menjalin kerjasama dengan UMNO jika parti itu diresapi pemikiran radikal kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS)

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, ia kerana pendekatan ISIS adalah untuk menentang kerajaan secara melampau.

Katanya, sifat sesebuah parti politik yang terpengaruh dengan ISIS menentang secara melampau ke atas pemerintah Muslim yang tidak sealiran dengan mereka.

“Jika PAS dituduh diserapi pemikiran ISIS, mengapa pula PAS dituduh mahu berkerjasama dengan pemerintah kerana pendekatan ini jauh berbeza dengan ISIS.

“Kepimpinan Parti Amanah Negara (PAN) semakin keliru dan celaru. Mereka tidak tahu peluru mana yang mahu diguna untuk menyerang PAS. Mereka sedang mencari alasan kepada ahli-ahli mereka yang pening bagi mewajarkan mengapa mereka keluar daripada PAS,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan menegaskan, PAS bukan gerakan subversif apatah lagi militan seperti dituduh Pakatan Harapan.

Katanya, tuduhan yang dilemparkan kepada PAS kononnya PAS terlibat dengan ISIS dan gerakan militan adalah tuduhan yang sangat jahat dan keterlaluan.

Justeru, kata beliau, tindakan segelintir bekas pemimpin PAS yang kini menyertai Pakatan Harapan membuat tuduhan itu sangat melucukan.

“Semasa mereka berteduh sekian lama di bawah bendera PAS, PAS dijulang oleh mereka sebagai demokratik. Tetapi, bila mereka keluar tak sampai empat bulan, PAS jadi ganas,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]L-hIN-70Tuk[/wpdevart_youtube]

Tags: ISISPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

Kerjasamalah Wahai PAS-UMNO, Jangan Tamak Kerusi

06/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak tamak dalam soal pembahagian kerusi sekiranya benar-benar mahu menjayakan kerjasama politik...

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

UMNO-PAS Jangan Kecewakan Orang Melayu Lagi

05/09/2026
0

KALAU benar UMNO dan PAS mahu menghidupkan kembali penyatuan ummah buatlah betul-betul. Bercakap soal penyatuan tapi macam-macam cekadaknya. Banyak perbedaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd