• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tauke Jambu Tiada Niat Sorok Berita Pertunangan

oleh AK-47
11/12/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAWAK kumpulan Jambu, Tauke atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria tidak mempunyai sebarang niat untuk menyembunyikan berita pertunangannya seperti yang tersebar baru-baru ini.

Memetik sumber mStar, Tauke berkata, “Saya sebenarnya sudah lama merancang untuk melangsungkan pertunangan ini tetapi baru sekarang dapat dilaksanakan kerana sibuk dengan kerjaya”.

“Tiada niat pun hendak sorok tetapi memang saya tidak war-warkan kepada umum kerana bimbang ia tidak jadi selain majlis berkenaan diadakan dengan keluarga terdekat sahaja,” katanya.

Dalam majlis pertunangan yang berlangsung di Dungun, Terengganu itu, Tauke memberi tujuh dulang hantaran termasuk sebentuk cincin dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Tauke juga menyatakan perancangannya yang mahu mendirikan rumah tangga Disember tahun hadapan.

“Bertunang selama setahun tetapi lagi cepat disatukan lebih baik. InsyaAllah jika sudah ada tarikh saya akan beritahu,” kata pelawak kelahiran Johor ini.

Menurut Tauke dia terpikat dengan Nadia, bakal permaisuri hidupnya itu kerana sikap penyabar gadis itu selain dia juga seorang yang sangat memahami kerjaya seni Tauke. – MYNEWSHUB.CC

Tags: myArtispelakonselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azhar Sulaiman, Adi Putra Ucap Tahniah Kepada Bangsa Johor

Azhar Sulaiman, Adi Putra Ucap Tahniah Kepada Bangsa Johor

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kejayaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 turut menerima perhatian beberapa...

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd