• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Selangor Ingatkan Kerajaan Negeri Jangan Terlibat Rasuah

oleh Ahmad Albab
12/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan kerajaan negeri dan agensi di bawahnya agar tidak menyalahgunakan kuasa sekaligus terlibat dalam kegiatan rasuah.

Titah baginda, sekiranya rasuah berlaku ia akan mendorong kepada kemerosotan ekonomi, ketidakstabilan politik dan wujud ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat.

“Jika tidak dibendung gejala rasuah ini dengan serius, maka akan timbul ketidakpuasan hati rakyat, yang mana ekonomi negeri akan menurun dan timbul pula kemiskinan serta berlaku politik yang tidak stabil.

“Apabila rasuah ini dibiarkan berleluasa, maka hasil negeri akan disalahgunakan dan pendapatan negeri akan lesap … justeru rakyat tidak akan berpuas hati, negeri akan menjadi kacau bilau dan rakyat tidak dapat hidup dengan selesa dan harmoni,” titah Sultan Sharafuddin pada Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor bersempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-70 yang disambut semalam, di Istana Alam Shah di sini, hari ini.

Sultan Selangor turut mengingatkan kerajaan negeri supaya memelihara dan menjaga hutan-hutan simpan yang telah diwartakan sebagai khazanah negeri.

Baginda bertitah hutan simpan tidak seharusnya diceroboh atau dimusnahkan bagi tujuan pembangunan di negeri ini.

“Beta dapati di Shah Alam ini juga banyak pokok-pokok ditebang untuk melebarkan jalan yang menyebabkan tanah menimbus longkang-longkang sehingga menjejaskan pengaliran air hingga terjadinya banjir kilat yang menyusahkan rakyat beta.

“Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mestilah peka dan sentiasa membuat lawatan serta memeriksa longkang-longkang, tali air dan sungai-sungai agar sentiasa bersih supaya aliran air dapat berjalan dengan lancar,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin juga berharap perbezaan agama tidak akan menjadi satu alasan kepada rakyat di Selangor untuk saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan hidup bersatu padu demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

“Janganlah sekali-kali rakyat beta menyentuh dan menyoal tentang agama yang dianuti oleh rakyat lain. Jika rakyat beta dapat mengetahui dan menghormati agama yang dianuti oleh rakyat lain, maka rakyat Negeri Selangor ini akan hidup dengan harmoni, bersatu padu dan akan menikmati keamanan serta kemakmuran yang dicapai,” titah baginda.

Terdahulu pada majlis itu, Pengerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) Tan Sri Syed Anwar Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail mendahului senarai 75 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor.

Syed Anwar dikurnia Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.II).

Sementara Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali merupakan penerima tunggal Darjah Kelas Pertama – Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Il-TZaw35M8[/wpdevart_youtube]

Tags: Sultan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

20/05/2026
0

SHAH ALAM - AhIi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki menegaskan beliau amat menghormati dan sentiasa mematuhi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd