Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Perlu Cakna Prosedur Pengambilan...

KUALA TERENGGANU - Orang ramai atau komuniti perlu peka mengenai undang-undang dan prosedur...

MCA, MIC, UMNO Johor...

AYER HITAM : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus mendapat sokongan padu sebagai...

TVET Memperkasakan Rakyat, Memajukan...

KUALA LUMPUR - Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dilaksanakan kerajaan Barisan...

Sharifah Sakinah Tak Mahu...

Sebelum ini MYNEWSHUB.MY pernah menyiarkan cerita mengenai pelakon sensasi Sharifah Sakinah yang kini...

Suami Buat Laporan Polis, Dakwa Sering Dipukul Isteri

GARA-gara tidak tahan sering dipukul dan diseksa oleh isterinya, seorang pemandu teksi dilaporkan membuat laporan polis di Balai Polis Sentral, Sibu, pagi semalam.

Lelaki yang berusia 57 tahun ini dikatakan terpaksa membuat laporan polis setelah lama bersabar kerana bimbang isterinya akan melampaui batas apabila pernah mengugut hendak mengupah samseng untuk memukulnya suatu hari nanti.

TA01920 TA01919

Memetik laporan The Borneo Post,  lelaki ini juga mendakwa sering dipukul setiap kali isterinya meminta wang dan dia tidak pernah merungut apabila isterinya meminta lebih RM100 sehari sejak 10 tahun lalu.

Menurut lelaki yang enggan mendedahkan namanya ini, isterinya yang berusia 46 tahun itu berubah sejak dia mula membuka gerai mi di sebuah kedai kopi di kawasan bandar sejak awal tahun ini.

“Kalau dulu dia hanya membebel apabila meminta wang, kini dia memarahi dan menggunakan kayu untuk memukul saya. Namun saya tetap tidak bertindak balas.


“Saya akan memberi wang kepadanya setiap kali dia meminta dan kadangkala lebih daripada biasa,” ujarnya yang mempunyai tiga anak.

Lelaki ini turut mendedahkan keadaan badannya yang dipenuhi dengan kesan lebam dan luka akibat dipukul isterinya.

Dalam pada itu, lelaki ini mengaku ada mendengar khabar angin mendakwa isterinya telah menduakannya.

Sumber: The Borneo Post

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=xryAoXoU6Tk]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori