• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SKMM Pantau Pelaksanaan Rebat GST

oleh Ahmad Albab
31/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau pelaksanaan rebat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada pengguna perkhidmatan prabayar telefon mudah alih, bermula esok.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata SKMM akan memastikan kelancaran pelaksanaan rebat itu, dan pada masa sama, meletakkan kepentingan pengguna sebagai keutamaan.

“SKMM akan memastikan proses pemberian rebat kepada pengguna dikreditkan dengan segera ataupun dalam tempoh waktu bertindak maksimum iaitu 24 jam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata SKMM boleh mengambil tindakan terhadap syarikat telekomunikasi yang ingkar mematuhi Panduan Peraturan Berhubung Pendaftaran Pengguna Akhir bagi Perkhidmatan Selular Awam Prabayar.

Proses pendaftaran itu membolehkan SKMM membezakan pendaftaran antara warganegara Malaysia dan bukan warganegara, katanya.

Dari Januari hingga Disember tahun ini, SKMM mengeluarkan 50 kompaun berjumlah RM2.29 juta kepada syarikat-syarikat telekomunikasi kerana kesalahan pendaftaran palsu kad sim prabayar.

Bagi sebarang aduan, pengguna boleh menghubungi Talian Hotline Aduan SKMM di 1-800-188-030 atau pihak penyedia perkhidmatan. – BERNAMA

Tags: GSTSKMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd