Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Scary! Piranha Berebut...

UMUM mengetahui sifat piranha yang mampu memakan daging dalam masa amat singkat.Namun untuk...

Tiada Lagi Murid OKU...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan akan memastikan bermula tahun depan tiada pelajar orang...

“Sekarang Bilik Penjara Saya...

PONTIAN - "Dahulu 10 tahun setengah saya keluar masuk penjara, sekarang bilik itu...

Jentera PR Main Isu...

BUKIT MERTAJAM - Jentera Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang...

Sifat Amanah Penentu Kesejahteraan Ummah

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah sifat amanah merupakan penentu kepada kesejahteraan sesuatu ummah dan kemakmuran sesebuah negara.

“Perbuatan pecah amanah boleh mencetuskan kerosakan dalaman yang boleh melemahkan sesuatu pemerintahan lalu memudahkan kerja-kerja musuh dari luar,” titah baginda pada majlis sambutan Maulidur Rasul 1437 peringkat negeri di sini, hari ini.

Baginda bertitah sifat amanah, yang bermakna boleh dipercayai dan juga sifat siddiq atau benar merupakan paksi utama untuk memastikan para pemimpin berupaya menunaikan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas, adil dan saksama.

“Islam amat menekankan prinsip kebenaran, dan “kebenaran sama sekali tidak boleh dilindungi kerana keadilan boleh tergugur apabila kebenaran dikompromikan.

“Untuk itu, kebenaran wajib dipertahankan dengan keyakinan bahawa Allah swt berada di pihak yang benar, dan mempertahankan kebenaran serta menyuarakan kebenaran adalah satu tuntutan, yang disifatkan sebagai satu jihad,” titah baginda.


Baginda bertitah Rasulullah s.a.w pernah bersabda sesungguhnya di antara sebesar-besar jihad adalah menyatakan perkataan yang hak di hadapan seorang penguasa yang zalim.

Sultan Nazrin Shah bertitah Nabi Muhammad s.a.w. adalah contoh kepimpinan yang berpegang teguh kepada prinsip kebenaran dan amanah.

“Baginda (Rasulullah) telah dipertanggungjawabkan dengan amanah dan berjaya menyempurnakan amanah dengan memiliki kekuatan dalaman.

“Iman yang tidak tergoncang ketika menghadapi ujian, baik yang berbentuk ugutan ke atas nyawa Baginda, begitu juga berbentuk imbuhan, berbentuk tawaran pangkat, jawatan, kekayaan dan wanita cantik,” titah baginda. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori