• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes SRC, RM2.6b Dikendalikan Secara Bebas, Profesional

oleh Ahmad Albab
27/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengulangi jaminan siasatan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion akan dikendalikan secara bebas, telus dan profesional.

Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin berkata siasatan itu adalah berdasarkan panduan dan amanat Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan pengurusan tertinggi SPRM yang sentiasa tegas, profesional dan bebas.

“Jika terdapat kes, menjadi tanggungjawab kami untuk mencadangkan pertuduhan dalam laporan kertas siasatan yang akan dikemukakan kepada Peguam Negara pada minggu depan. Begitu juga sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bahri berkata SPRM bagaimanapun tidak dibenarkan untuk mendedahkan butiran siasatan itu termasuk mendedahkan nama penderma sumbangan dana RM2.6 billion itu.

“Perkara ini juga ada disebutkan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman kepada sebuah portal pada 26 Disember 2015, di mana SPRM tidak ada kuasa sehingga kes yang disiasat dibawa ke mahkamah. SPRM berharap semua pihak faham akan perkara ini,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR Mohd Rafizi Ramli bahawa SPRM perlu mendedahkan nama penderma yang menyumbangkan RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bahri menegaskan Akta SPRM 2009 tidak membolehkan SPRM memaklumkan butiran terperinci kepada orang awam.

Sebelum ini, pada 5 Ogos lalu, SPRM mengesahkan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri merupakan sumbangan daripada penderma Timur Tengah.

Pada 5 Dis lepas, SPRM telah mengambil keterangan daripada Najib berhubung isu SRC dan dana RM2.6 bilion.

Pertemuan itu diadakan selama dua jam setengah dan Najib telah memberi kerjasama yang baik kepada SPRM.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]utvkue3Czbc[/wpdevart_youtube]

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd