Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Tabung Haji Akan Pohon...

GEORGE TOWN - Tabung Haji (TH) akan memohon untuk mendapatkan kuota tambahan sebanyak...

Budak 12 Tahun Curi...

HONG KONG – Pihak polis sedang memburu satu kumpulan yang didapati menggunakan seorang...

Dua Lagi Mayat Anak...

JOHOR BAHRU - Dua lagi mayat mangsa kapal korek yang karam di 8.6...

Nahas Elmina: Abang Ipar...

KLANG : "Dia golongan yang dipelihara Allah SWT," kata abang ipar Allahyarham Ustaz...

Shell Bekerjasama Dengan Pembuat Kereta Utama

KUALA LUMPUR – Shell Helix akan mencari lebih banyak perkongsian strategik dengan pembuat kereta terkemuka sebagai strategi pertumbuhan utama bagi rangkaian minyak enjin untuk kereta penumpang.

Shell Helix dalam satu kenyataan hari ini, berkata ia yakin dapat mengembangkan lagi bahagian pasarannya dalam bengkel francais dan segmen selepas pasaran kerana ia mempunyai portfolio minyak enjin yang lengkap dan mampu memenuhi tuntutan dari enjin berprestasi tinggi Continental sehingga kepada kereta nasional.

“Sehingga hari ini, Shell Helix telah menerima kelulusan daripada senarai pengeluar terkemuka seperti BMW, Ferrari dan Hyundai, penerimaan ini semakin meningkat.

“Tahun ini, Shell Lubricants telah disyorkan sebagai minyak enjin BMW dan menjadi satu-satunya pembekal global yang disyorkan oleh BMW Group untuk minyak enjin selepas pasaran,” katanya.

Shell Helix berkata Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) akan secara eksklusif menggunakan Shell Helix sebagai minyak enjin di semua pusat servis Hyundai di Semenanjung Malaysia bermula Disember 2015 dan di Sabah serta Sarawak mulai Jan 2016.


Pengurus Besar Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Leslie Ng berkata, keputusan HSDM merupakan pengiktirafan ke atas kualiti premium minyak enjin Shell Helix.

“Syarikat berasa sukacita dapat membekalkan HSDM dengan minyak enjin yang berkualiti tinggi dan terbukti memberi kebaikan kepada pemilik Hyundai dalam bentuk prestasi dan perlindungan enjin, enjin lebih bersih dan ekonomi bahan api menjadi lebih baik,” katanya.

Shell dan Hyundai juga akan terus bekerjasama dalam teknologi dan inovasi untuk membangunkan rumusan minyak enjin baharu bagi memenuhi keperluan kemajuan kenderaan Hyundai, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Shell

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori