• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM1 Juta Disalur Untuk Sekolah Cina Di Terengganu

oleh Ahmad Albab
25/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Peruntukan sebanyak RM1 juta telah disalurkan kepada 10 buah sekolah jenis kebangsaan Cina di Terengganu sejak dua hari lalu sebagai perbelanjaan pengurusan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin berkata peruntukan tersebut diberi dalam pelbagai jumlah dan ia boleh digunakan sehingga tahun hadapan.

“Peruntukan khas ini bertujuan meningkatkan kemudahan infrastruktur dan penyelenggaraan. Ini adalah bukti keprihatinan kerajaan kepada warga sekolah Cina yang merupakan golongan minoriti di negeri ini serta menunjukkan bahawa mereka tidak diabaikan dalam aspek pendidikan.

“Peruntukan ini boleh digunakan sehingga tahun depan untuk kebaikan bersama guru dan pelajar di sekolah berkenaan,” katanya kepada Bernama di sini Jumaat.

Menurut Shafruddin, penyampaian cek wang bantuan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Toh Chin Yaw kepada semua Pengetua dan Guru Besar sekolah berkenaan dalam satu majlis yang diadakan pada 23 Dis lalu.

Daripada jumlah tersebut, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Hwa Wei Sin menerima RM300,000; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Wei Sin (RM200,000); SJKC Chukai, Kemaman (RM130,000); dan SJKC Chung Hwa, Besut (RM80,000).

Sementara itu SJKC Kwang Hwa, Dungun (RM75,000); SMJK Wakaf Tapai, Marang dan SJKC Chee Mong, Dungun, masing-masing RM55,000; SJKC Sin Chone, Dungun (RM40,000); SJKC Lok Khoon, Kemaman (RM35,000) dan SJKC Jabor, Kemaman (RM30,000). – BERNAMA

Tags: SekolahTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd