• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Lawak Jepun Curi Puluhan Skirt Pelajar Demi Puas Nafsu

oleh
26/12/2015
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Polis Jepun pada Sabtu berjaya cekup seorang pelawak popular negara itu, Kenichi Takahashi, 44 tahun; yang disyaki mencuri puluhan pakaian seragam pelajar perempuan untuk memuaskan nafsu fantasi seks dirinya.

Aktor komedi terkenal itu merupakan anggota duo kumpulan King of Comedy dan mereka pernah memenangi pertandingan tahunan kebangsaan King of Contest pada 2010 yang disertai pelbagai kumpulan lawak tempatan.

Menurut laporan media Jepun, pihak polis menemui sejumlah 70 beg plastik besar mengandungi puluhan uniform pelajar perempuan khasnya blazer dan skirt dari beberapa buah sekolah menengah sekitar bandar raya Tokyo.

Lebih mengejutkan, para penyiasat turut mengesyaki ada sebilangan pakaian terbabit yang dicuri dari sekolah-sekolah di mukim Saitama dan Kanagawa berdasarkan kepada kepelbagaian logo institusi terlibat sendiri.

Baca: Guru Jepun Seks 12,000 Gadis Didakwa Ada 150,000 Foto Bogel

Takahashi dalam pada itu mengaku sudah menjalankan aktiviti tersebut lebih 20 tahun lalu dengan memecah masuk sekolah menggunakan sebuah trak milik dirinya sebelum mencuri pakaian pelajar perempuan terbabit.

Dia mendakwa suka menghidu bau aroma semula jadi pada pakaian berkenaan bagi merangsang nafsu seks dan membayangkan sedang mengadakan hubungan badan dengan tubuh pelajar seksi yang diimpikannya itu pula.

Kegiatan Takahashi bagaimanapun terbongkar selepas kamera litar tertutup di sebuah sekolah berjaya merakam trak suspek sekali gus membawa penangkapan pelawak sensasi itu pada Sabtu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: jepunSkirt
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Anwar Ke Jepun Mahu Tarik Pelaburan Berkualiti Ke Malaysia

Anwar Ke Jepun Mahu Tarik Pelaburan Berkualiti Ke Malaysia

09/06/2026
0

TOKYO – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau melakukan lawatan rasmi ke Jepun sehingga Rabu ini dalam usaha...

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd