Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Shell Malaysia Lancar Minyak...

SHAH ALAM - Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. melancarkan tiga minyak skuter baharu...

Maszlee Janji Jadikan TVET...

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan akan berusaha ke arah menjadikan bidang Pendidikan dan Latihan...

Kisah 4 Sahabat Pulangkan...

PUTRAJAYA - Lazimnya bukanlah sesuatu pemandangan luar biasa menyaksikan troli pasar raya bersepah...

NTP Hasilkan Inisiatif Bermanfaat...

KUALA LUMPUR - Program Transformasi Negara (NTP) dilaksanakan kerajaan telah menghasilkan inisiatif bermanfaat...

PSM Perlis Saran PBT Wajibkan Penggunaan Jawi Pada Papan Tanda

PADANG BESAR – Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) cawangan Perlis menyarankan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini untuk mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda selain tulisan rumi.

Pengerusinya Datuk Yazid Mat berkata ini penting sebagai usaha untuk memartabatkan semula tulisan jawi yang kian dilupai sekali gus dapat diperkasakan oleh generasi akan datang.

“Hanya dengan pendekatan sebegini, ia akan membantu menghidupkan tulisan tersebut apabila masyarakat dapat membacanya di merata-rata tempat,” katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PSM di Chuping, dekat sini Ahad.

Menurut Yazid, penggunaan tulisan jawi disaran digunakan pada papan tanda nama jalan, nama bangunan, nama tempat atau papan maklumat tertentu yang boleh dibaca oleh orang awam.

Katanya, PSM juga mahu agar kerajaan lebih tegas dalam mendaulatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sejajar dengan 58 tahun usia kemerdekaan negara.


Justeru, katanya semua pihak khususnya para pemimpin harus menjadi contoh kepada rakyat dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa terlalu mengagung-agungkan bahasa Inggeris dalam kehidupan harian, termasuk majlis rasmi.

“Kalau ada dalam kalangan tokoh-tokoh bukan Melayu begitu mengambil berat tentang kedaulatan bahasa Melayu, adalah tidak wajar sekiranya terdapat orang Melayu sendiri membelakangi kepentingan tersebut,” tegasnya.

Mengenai aktiviti PSM cawangan Perlis sepanjang tahun depan, Yazid berkata pelbagai aktiviti dirancang untuk dilaksanakan, termasuk program lawatan ke tempat sejarah di dalam dan luar negara, sembang-sembang sejarah dan pertandingan lagu patriotik sempena sambutan kemerdekaan negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori