• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 30 Kaki Judi, Rampas RM29,000 Dalam Serbuan Judi Ala Kasino

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis menahan 30 individu, termasuk seorang wanita warga emas berusia 82 tahun serta merampas wang tunai RM29,000 dalam serbuan judi ala kasino di sebuah rumah di Jalan Tokong, Padang Serai Kulim Rabu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Supt Rahimi Raais berkata suspek yang ditahan terdiri daripada 22 lelaki dan lapan wanita tempatan berusia 18 hingga 82 tahun.

Serbuan pada 6 petang hasil risikan selama seminggu itu, katanya turut merampas beberapa peralatan perjudian untuk permainan judi belangkas, judi ‘Dragon Tie Tiger’, judi dadu, cip pelbagai warna, khemah, lampu panjang serta kipas angin.

Lokasi tersebut katanya, terletak di dalam kawasan kampung dan hanya boleh dimasuki menggunakan motosikal manakala mereka yang membawa kereta perlu meletakkan kereta di jalan utama sebelum masuk ke lokasi perjudian.

Beliau berkata, ketika serbuan terdapat lebih kurang 60 kaki judi sedang leka bermain judi dan sebaik menyedari kehadiran Polis, kaki judi berkenaan bertempiaran melarikan diri.

“Mereka telah beroperasi kira-kira seminggu di lokasi ini, bagaimanapun kami percaya lokasi mereka berubah-ubah mengikut keadaan serta mereka turut memasang tonto bagi mengintip pergerakan pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah Rabu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 serta penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

Tags: JUDIpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd