• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru 3 Suspek Kes Tikam Petugas Stesen Televisyen Swasta

oleh Ahmad Albab
21/12/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis memburu tiga suspek, termasuk seorang wanita yang disyaki terbabit dalam kes seorang petugas stesen televisyen swasta cedera parah ditikam di sebuah pangsapuri di Jalan Usahawan, Setapak, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata semua suspek yang telah dikenal pasti itu berusia 20 hingga 23 tahun.

“Tiga suspek yang dikenal pasti merupakan seorang suspek utama termasuk teman wanitanya serta rakan kepada suspek utama,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad Roy berkata sebelum ini, polis telah menahan dua suspek lelaki pada Sabtu lepas yang kini direman sehingga Rabu ini.

Mengenai keadaan mangsa yang ditikam, Mohamad Roy berkata Ahmad Hawari Zakaria, 32, masih lemah dan kemungkinan polis hanya dapat mengambil keterangannya dalam dua atau tiga hari lagi.

Terdahulu, beliau hadir pada majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Pada majlis serah terima tugas itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Kuala Lumpur Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dilantik sebagai Komander Pasukan Keselamatan PDRM, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang akan memulakan tugasnya pada Rabu ini.

Jawatan lama beliau pula dipangku oleh Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]HN4jcIKyii8[/wpdevart_youtube]

Tags: tikam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

Suspek Tikam, Tembak Anggota Polis Masih Diburu

13/09/2025
0

Kuala Lumpur: Kertas siasatan membabitkan kes mayat seorang wanita ditemui dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki yang menikam serta menembak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd