• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Puji Tan Sri Muhyiddin, Tun Mahathir

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) gembira dengan peranan yang dimainkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mantan Presiden UMNO, Tun Mahathir Mohamad bagi menggoncang kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sepatutnya menyertai Muhyiddin dan Mahathir dalam usaha itu berdasarkan ucapan beliau dalam Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

“Saya berharap Khairy Jamaluddin berhenti dari cuba meraih simpati rakyat di gelanggang sendiri seperti di Perhimpunan Agung UMNO.

“Jika beliau betul-betul mahu membela rakyat dan ada maruah, beliau sepatutnya meletakkan jawatan dengan kadar segera sebagai bantahan kepada dasar-dasar pentadbiran Najib yang beliau sendiri akui menekan rakyat,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rafizi berkata, beliau percaya jika Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan boleh menggoncang kedudukan Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Menurutnya, Khairy Jamaluddin dalam ucapannya menyebut bahawa beliau sering bersuara di dalam Jemaah Menteri membantah kenaikan harga termasuklah kenaikan tol baru-baru ini.

Katanya, Khairy Jamaluddin turut mengesahkan golongan muda begitu tertekan dengan kenaikan kos sara hidup waktu ini.

“Pun begitu, saya tidak begitu yakin Khairy Jamaluddin akan berani mengambil tindakan-tindakan sebegini,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

PKR Minta Kedutaan AS Bawa Datuk Bandar New York Zohran Mamdani Ke Malaysia

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa PKR, Dr Maszlee Malik mengemukakan permintaan kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di...

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd