• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Kata Mahkamah Khas Pengganas Militan Ancam Hak Asasi

oleh Ahmad Albab
17/12/2015
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah rancangan kerajaan mahu mewujudkan sebuah mahkamah khas bagi membicarakan kes dan individu yang dikaitkan dengan kumpulan militan atau pengganas dalam usaha mencegah anasir itu daripada merebak ke negara ini.

Pemimpin PKR yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran mendakwa mahkamah khas tersebut tidak relevan di Malaysia kerana boleh mewujudkan suasana tidak sihat serta menimbulkan ancaman kepada kebebasan hak asasi.

Malah, beliau mendakwa, aktiviti keganasan dan militan tidak boleh dijadikan alasan untuk Malaysia mengenepikan asas hak asasi keadilan yang termaktub dalam Perlembagaan Negara iaitu memberi layanan yang adil kepada mana-mana individu walau seteruk mana tuduhan jenayah yang dihadapinya.

“Tidak ada bukti sistem sedia ada di Mahkamah Jenayah tidak dapat menangani kes-kes yang melibatkan keganasan. Terdapat banyak sabitan dalam kes-kes keganasan yang berkaitan dan hukuman berat telah dijatuhkan. Oleh itu, mengapa perlukan mahkamah khas,” dakwanya dalam satu kenyatan media hari ini.

Surendran turut mendakwa, sistem mahkamah sedia ada tidak berfungsi dengan betul dan berkesan kerana mengganggu hak asasi maka tiada kewajaran untuk Malaysia mewujudkan pula sebuah mahkamah khas untuk kes militan dan pengganas.

Beliau turut mendakwa, kewujudan mahkamah khas untuk membicarakan kes dan individu yang dikaitkan dengan kumpulan militan atau pengganas melanggar Perlembagaan Negara.

“Semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama daripada undang-undang berdasarkan Perlembagaan Negara,” katanya.

Beliau berkata, membawa suspek ke mahkamah khas yang berasingan dengan kes jenayah lain boleh menyebabkan hakisan kepada anggapan tertuduh tidak bersalah yang merupakan asas kepada sistem keadilan.

“Perlu diingat mereka yang dituduh atas kesalahan keganasan mungkin tidak bersalah,” ujarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 12 Disember lalu memaklumkan sebuah mahkamah khas untuk membicarakan kes dan individu yang dikaitkan dengan kumpulan militan atau pengganas akan diwujudkan bagi menangani isu itu yang kini menjadi ancaman di seluruh dunia.

Perdana Menteri dipetik berkata, beliau telah mengarahkan ketua hakim negara untuk melaksanakan mahkamah itu supaya perbicaraan dan keputusan yang lebih pantas dapat dibuat untuk mengelakkan keganasan yang berlaku di negara lain merebak di Malaysia. - MYNEWSHUB.CC

Tags: MilitanPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini parti derita, tidak mungkin ini terjadi sahabat-sahabat," kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd