• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persempadanan Semula Bahagian PR Sarawak, 1 Kejayaan Buat SPR

oleh Ahmad Albab
03/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kemenangan akhirnya berpihak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas Dewan Rakyat meluluskan usul Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Sarawak semalam, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata SPR menghadapi bermacam-macam gangguan dan bantahan dalam melaksanakan kerja-kerja persempadanan semula itu, khasnya daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (BGO) dan parti-parti politik yang mempunyai agenda mereka sendiri.

Katanya SPR diseret sehingga ke Mahkamah Persekutuan, namun akhirnya ia mencapai kemenangan kerana semua tindakan-tindakan yang dilakukan oleh SPR adalah mengikut lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

“Kumpulan ini mencuba sedaya upaya untuk menggagalkan tugas SPR ini, tetapi akhinya mereka gagal dan kecewa,” katanya dalam satu pesanan ringkas melalui WhatsApp kepada Bernama di sini hari ini.

“Sebagai Pengerusi SPR saya mengucapkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah yang sentiasa memberi taufik hidayah, kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada kami,” katanya.

“Jutaan terima kasih juga kepada semua pihak yang membantu SPR di peringkat Persekutuan mahupun Negeri Serawak, (kerana) tanpa kerjasama mereka, usaha ini tidak akan berjaya,” tambahnya.

Abdul Aziz berkata selepas ini SPR akan mendapatkan perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, dan selepas itu diwartakan semua bahagian-bahagian baru berkenaan.

“SPR yakin 82 kerusi DUN akan digunakan (dipertandingkan) dalam pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang,” katanya.

Semalam, usul persempadanan semula itu diluluskan melalui undi belah bahagian dengan 130 anggota Dewan Rakyat menyokong manakala 72 lagi menolak.

Berikutan persempadanan semula itu, Sarawak akan mempunyai 82 kawasan DUN berbanding 71 pada masa kini.

Bahagian pilihan raya yang baharu itu adalah N13 Batu Kitang, N17 Stakan, N18 Serembu, N23 Bukit Semuja, N26 Gedong, N40 Kabong, N57 Tellian, N63 Bukit Goram, N66 Murum, N70 Samalaju dan N78 Mulu. – BERNAMA

Tags: sarawakSPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd