• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlis Rayu Zon Aliran Bebas Di Wang Kelian Diwujudkan Semula

oleh Ahmad Albab
04/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kerajaan negeri Perlis merayu agar kerajaan pusat memberi pertimbangan untuk mewujudkan semula Zon Aliran Bebas (ZAB) di Wang Kelian bagi menarik ramai pelancong berkunjung ke pekan sempadan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri Abdul Jamil Saad berkata permohonan tersebut telah dipanjangkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan difahamkan ia masih dalam proses pertimbangan.

Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata ketika ZAB diwujudkan di pekan berkenaan beberapa tahun lalu, Wang Kelian menjadi tempat tarikan pelancong bukan sahaja dari Malaysia, malah juga dari Thailand.

Di bawah kemudahan tersebut, rakyat dari kedua-dua negara bebas keluar masuk pada jarak satu kilometer dari pintu sempadan masing-masing pada hari diadakan pasar minggu iaitu Sabtu dan Ahad di Wang Kelian dan Wang Prachan, Thailand.

Katanya, pelancong Thailand ramai berkunjung ke kedai-kedai di Wang Kelian untuk membeli barangan elektrik yang dikatakan harganya lebih murah berbanding di negara mereka.

Jamil berkata sejak ZAB ditarik balik oleh kerajaan pusat April lalu, pekan itu kini lengang, justeru, kerajaan negeri akan terus berusaha untuk memeriahkan kembali kawasan itu untuk menarik kehadiran pelancong.

Beliau berkata antara usaha yang dilakukan ialah membaik pulih dan menaik taraf arked niaga di pekan tersebut bagi memindahkan peniaga-peniaga yang dahulunya mempunyai perniagaan kukuh di kawasan ZAB.

“Kita memohon peruntukan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk membaik pulih arked itu memandangkan keadaan bangunan itu sekarang kurang memuaskan.

“Kerajaan negeri akan pilih dan beri tawaran semula kepada peniaga yang kukuh berniaga di situ untuk dipindahkan ke arked berkenaan,” katanya.

Beliau berkata antara perniagaan yang dicadang untuk ditawarkan berpindah ke arked niaga itu ialah perniagaan barangan elektrik, perkakas pertukangan, barangan dapur dan pengurup wang.

ZAB di Pos Imigresen Wang Kelian diberhentikan berkuat kuasa 1 April lepas.

Jabatan Imigresen memaklumkan semua warga Malaysia dan pelawat asing yang ingin keluar masuk sempadan melalui pos imigresen berkenaan perlu mempunyai dokumen perjalanan yang sah. – BERNAMA

Tags: PelancongPerlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd