• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Perlu Terap Budaya ‘Cari Dan Bantu’ – KSN

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Penjawat awam perlu menerapkan budaya ‘Cari dan Bantu’ dalam menjayakan konsep merakyatkan perkhidmatan awam, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata adalah tidak berguna sekiranya perkhidmatan yang ditawarkan kerajaan tidak dapat disampaikan sepenuhnya kepada golongan sasar dan pelanggan kerana kekangan tertentu.

Beliau mengambil contoh bantuan untuk golongan miskin dan orang kurang upaya (OKU) tidak sampai kerana mereka tidak mempunyai pengangkutan untuk ke pejabat kerajaan atau tidak tahu cara untuk memohon.

“Oleh itu saya minta penjawat awam dari semua jabatan dan agensi kerajaan untuk turun padang, mencari dan membantu (search and serve) mereka ini,” kata Ali kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek Dewan Serba Guna Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa di Bestari Jaya, di sini hari ini.

Beliau menegaskan: “Tiada guna ada perkhidmatan jika penggunanya (rakyat) tidak tahu atau tidak sampai kepada golongan yang disasarkan, dan saya mahu konsep ini diterapkan dan dipraktikkan mulai tahun depan,” katanya.

Kos pembinaan dewan serba guna bernilai RM3 juta itu disumbangkan Yayasan Rafulin dan Alumni Kohort 82-86 Sekolah Menengah Batang Berjuntai. Ia dijangka siap awal 2017.

Turut hadir Pemegang Amanah Yayasan Rafulin dan Pengerusi Rafulin Holding Datuk Mohd Razali Othman dan Pengarah Pendidikan Selangor Zainuren Mohd Nor.

Ali berharap lebih banyak yayasan dan syarikat swasta tampil membantu kerajaan menaik taraf sekolah di seluruh negara.

Pada majlis sama, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) menyerahkan bantuan kewangan RM57,800 kepada lima pelajar OKU, 73 pelajar miskin dan empat rumah kebajikan di daerah berkenaan. – BERNAMA

Tags: Ali HamsaPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Pertahan Larangan Penggunaan Waze Kepada Penjawat Awam, Minta Guna Aplikasi TuJu

Kerajaan Pertahan Larangan Penggunaan Waze Kepada Penjawat Awam, Minta Guna Aplikasi TuJu

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mempertahankan keputusan melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan penjawat awam atas dua pertimbangan utama melibatkan...

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd