SEREMBAN – Sebanyak 10 kes pecah cermin kereta dan mencuri di sekitar sini dapat diselesaikan dengan tertangkapnya seorang pengawal keselamatan sekolah Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata lelaki berumur 42 tahun itu kini sedang direman.
Beliau berkata suspek ditahan selepas memecah cermin sebuah kereta di Jalan Tunku Munawir.
“Menyedari kehadiran anggota polis, suspek lari bersembunyi di dalam longkang berdekatan. Namun dia berjaya ditangkap kemudiannya dan ditemui sebuah komputer riba, peralatan elektrik dan tiga buah telefon bimbit daripadanya,” katanya. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]XB6Gu5qMAZ8[/wpdevart_youtube]

