• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendekatan PAN Berbeza Dengan PAS – Mohammad Tazli

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) yang baharu diwujudkan tahun ini adalah parti Islam tetapi berbeza daripada segi wadah dan pendekatan politiknya.

Pengarah Hubungan Antarabangsa PAN, Dr. Mohammad Tazli Azizan berkata, PAN juga diwujudkan untuk mengisi kekosongan dalam Pakatan Amanah yang ditinggalkan PAS.

Justeru, katanya, ahli PAS yang berhijrah kepada PAN adalah mereka yang berasakan pendekatan PAN lebih sesuai dengan mereka.

“Seumpamanya juga DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kedua-dua parti ada pendekatan yang berbeza,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Oleh itu, kata Mohammad Tazli, tidak wajar untuk PAS dan PAN terus bergaduh dalam soal titik bengi hanya kerana perbezaan yang mengelirukan rakyat.

Katanya, orang ramai sudah muak dengan pertelingkahan keanak-anakan PAS dan PAN dan mahukan pakatan pembangkang yang dapat membela mereka.

PAN ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang disingkirkan dalam pemilihan parti itu pada Jun lalu.

Bekas pemimpin PAS terbabit tersingkir kerana dilihat terlalu tunduk ke atas desakan DAP termasuk dalam isu-isu yang melibatkan soal akidah.

PAN kemudiannya menyertai Pakatan Harapan yang turut dianggotai PKR dan DAP.

Kewujudan PAN bagaimanapun dianggap sebagai satu pengkhianatan oleh PAS kerana menghasut ramai ahli parti itu meninggalkan parti berkenaan bagi menyertai PAN. – mynewshub.cc

Tags: PANPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd