• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Pencuri Berlesen” Sukarkan Kehidupan Nelayan

oleh Ahmad Albab
07/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Nelayan di sepanjang kawasan pantai di Kuala Selangor di sini mendakwa kegiatan mencuri kerang menjadi lebih kerap sejak kebelakangan ini.

Kegiatan tersebut didakwa didalangi ‘pencuri berlesen’.

Ketua Kampung, Kampung Bagan Sungai Yu Baru, Sow Eng Guan berkata kumpulan tersebut biasanya akan beroperasi dengan beberapa bot nelayan pada waktu malam atau awal pagi.

“Mereka akan bersembunyi di sekitar kebun kerang sebelum bertindak mencuri kerang tersebut.

“Walaupun kami mempunyai pekerja yang mengawal kebun tersebut, mereka masih boleh mencuri kerang dan juga tiram yang kini melambung harganya kerana kekurangan bekalan,” katanya pada Ahad.

Sow mendakwa kumpulan tersebut yang terdiri daripada lapan lelaki merupakan pencari kerang yang mahu mencari punca pendapatan tambahan.

“Mereka sering dirujuk sebagai ‘pencuri berlesen’ di kalangan masyarakat di sini kerana apa yang mereka lakukan dan kemudian berkelakuan seolah-olah tiada apa yang berlaku.

“Ia adalah satu rahsia ‘terbuka’ di sini,” dakwanya sambil menambah laporan polis telah dibuat mengenai kegiatan tersebut.

Seorang lagi nelayan, Ong Tian Sang, 60, dari Jeram di Kuala Selangor berkata kegiatan kecurian sering berlaku sejak dia mula terlibat dalam penternakan ikan dan kerang beberapa tahun lalu.

“Ia menjadi lebih berleluasa berikutan kekurangan bekalan kerang di pasaran.

“Kerang yang dahulunya hanya berharga RM3 hingga RM4 sekilogram pada suatu ketika kini dijual pada harga RM8 hingga RM12. Ini menjadi punca kepada sikap nelayan yang tidak bertanggungjawab sanggup mencuri untuk mendapatkan wang,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata beberapa nelayan masih berhati-hati dalam membuat laporan polis mengenai kegiatan ‘pencuri’ tersebut.

“Mereka dikatakan mempunyai hubungan dengan beberapa kumpulan di sini, jadi nelayan di sini tidak mahu terlibat dengan sebarang konfrontasi,” katanya. – mStar Online

Tags: kerangNelayan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd