• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Teksi Dibunuh Di Persimpangan Lampu Isyarat

oleh Ahmad Albab
29/12/2015
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seorang pemandu teksi warga emas mati ditikam dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Pasir Mas-Salor di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Ahmad Taufek Abdullah berkata mangsa Sudin Awang, 67, dibunuh seorang lelaki yang menunggang motosikal ketika teksi yang dipandunya berhenti di persimpangan lampu isyarat itu kira-kira pukul 2.30 petang.

“Semasa dia (pemandu teksi) berhenti di persimpangan itu ketika lampu merah, suspek menghampiri kenderaannya lalu memecahkan cermin belakang, cermin pintu penumpang depan dan cermin pintu sebelah pemandu dengan objek keras.

“Kemudian pemandu teksi ini diarah keluar daripada teksinya oleh suspek dan kemudian dia dipercayai ditikam dengan senjata tajam sebelum rebah di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

Ahmad Taufek berkata suspek kemudiannya melarikan diri ke arah Salor.

Beliau berkata ketika kejadian, mangsa yang berasal dari Kampung Wakaf Lanas, Pasir Puteh, sedang memandu teksinya dari arah Dewan Beta di sini, bersama seorang penumpang wanita yang duduk di bahagian penumpang belakang.

“Penumpang dalam teksi itu bagaimanapun dapat menyelamatkan diri,” katanya.

Ahmad Taufek turut meminta orang ramai termasuk pemandu kenderaan lain yang berhenti di persimpangan itu semasa kejadian berlaku, untuk tampil membantu polis menyiasat kes berkenaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk bedah siasat. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]NNq_ucekX1c[/wpdevart_youtube]

Tags: bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

Ibu Tunggal Ditemui Maut Dengan Kesan Kelar Di Flat Sri Murni

Ibu Tunggal Ditemui Maut Dengan Kesan Kelar Di Flat Sri Murni

05/02/2026
0

BUTTERWORTH, 4 Februari 2026 – Seorang wanita berstatus ibu tunggal ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di kediamannya di tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd