Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

PRU14: UMNO Semporna Sedia...

SEMPORNA - UMNO Bahagian Semporna bersedia menggerakkan jentera teknologi maklumat (IT) dengan menumpukan...

Pegawai Polis Didakwa Dengan...

Ipoh - Seorang Pegawai Pendakwa Trafik didakwa dengan tiga pertuduhan rasuah di Mahkamah...

Video: Berpusing Viva Dirempuh...

KECOH menerusi media sosial memaparkan aksi seorang pemandu lori simen yang menukar lorong...

500 Kayu Balak Tidak...

KUCHING - Sepasukan anggota dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sarawak menumpaskan...

Pemandu Teksi Dibunuh: Anak Dedah Bapa Pernah Diserang

KOTA BHARU – Anak pemandu teksi yang mati ditikam di Jalan Pasir Mas-Salor di sini, Isnin, berkata bapanya pernah diserang seorang lelaki tidak dikenali kira-kira enam bulan lepas.

Rosnani Sudin, 33, berkata lelaki terbabit yang menunggang sebuah motosikal, cuba memecahkan cermin teksi bapanya ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat berdekatan Balai Islam Lundang di sini, tetapi gagal berbuat demikian.

“Setahu saya, ayah tidak mempunyai musuh…ayah mesra dengan semua orang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, Isnin.

Dalam kejadian 2.30 petang, Sudin Awang, 67, dari Kampung Wakaf Lanas, Pasir Puteh, mati ditikam seorang lelaki yang menunggang motosikal ketika menghentikan teksinya di persimpangan lampu isyarat itu.

Rosnani berkata, kali terakhir beliau menemui bapanya dua hari lepas.

Sementara itu, seorang lagi anak mangsa Mohd Nazri Hanafiah, 23, berkata, beliau diberitahu mengenai kejadian yang menimpa bapanya oleh jirannya.


“Saya mendapat tahu berita itu kira-kira 3 petang. Sebelum itu, saya sudah menerima mesej (Whatapps) berkaitan berita itu, cuma saya tidak percaya.

“Waktu itu, saya berada di sebuah bank di Pasir Tumbuh. Selepas mendapat panggilan dari jiran, barulah saya percaya bahawa ayah saya mati dalam keadaan yang menyedihkan,” katanya.

Beliau berkata, jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Wakaf Lanas selepas selesai bedah siasat oleh pihak hospital. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori