Monday, November 11, 2024

Creating liberating content

Bajet Pembangunan Kemas RM35...

PUTRAJAYA - Bajet pembangunan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bagi 2018 meningkat kepada RM35...

Alahai Calon PAN Di...

KUALA KANGSAR - Harapan 32,949 orang pengundi Parlimen Kuala Kangsar untuk menyaksikan sendiri...

“Gembira Dapat Kembali,” Kata...

SEPANG - "Kami gembira dapat kembali," kata Kaunselor Kedutaan Besar Malaysia di Korea...

ESSCOM Kemudi Operasi Bersepadu...

KUNAK - Operasi Bersepadu Khas memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diterajui...

Pegawai Kerajaan Curi Sumbu Badak Milik Sultan Johor

JOHOR BAHRU – Seorang pegawai kanan kerajaan Johor ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, di sini kira-kira jam 9 malam Jumaat.

Suspek disyaki mencuri sumbu badak milik Muzium Diraja Johor pada 21 Oktober lalu, kata Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Beliau berkata, penelitian kamera litar tertutup (CCTV) mendapati pegawai tinggi kerajaan itu mengambil sumbu badak yang sedang dijemur di Pejabat Penyimpanan Barangan Muzium Diraja.

Kejadian itu berlaku ketika selesai mesyuarat bersama Jabatan Pelancongan Negeri di Bukit Timbalan, di sini kira-kira pukul 2.30 petang hari berkenaan.

Bagaimanapun, menurutnya sumbu badak berkenaan telah dikembalikan semula oleh pemandu pegawai itu selepas beberapa hari menyimpan di pejabatnya.


“Pegawai yang baru bertukar dari ke negeri ini telah kita reman untuk siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Ia tidak sepatutnya berlaku kerana sumbu badak yang berusia lebih 100 tahun itu merupakan hak milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Baginda mewarisinya daripada keturunan kesultana Johor sejak berzaman,” katanya pada sidang media, di sini, pagi tadi. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori