• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai IT Bebas Tuduhan Bawa Kertas Undi Keluar

oleh Ahmad Albab
09/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pegawai teknologi maklumat (IT) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini daripada kesalahan membawa keluar kertas undi pada Pilihan Raya Umum ke-13, dua tahun lalu.

Mohd Fadhli Khaharuddin, 25, berasal dari Sungai Isap Damai dekat sini dibebaskan daripada pertuduhan itu selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mohd Fadhli yang bertugas di British Council, Jalan Ampang, Kuala Lumpur sebelum ini dituduh pada 12 Sept 2014 atas kesalahan membawa keluar kertas undi selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Isap pada 5 Mei 2013.

Dia dituduh di bawah Seksyen 3(1)(h) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Isnin lalu, tertuduh ketika memberi keterangan di mahkamah berkata dia membawa keluar kertas undi yang tidak bertanda itu bagi membuktikan kepada pihak polis dia dibenarkan mengundi kali kedua.

Mohd Fadhli sebelum itu telah mengundi buat pertama kali pada sebelah pagi dan cuba untuk mengundi buat kali kedua selepas dakwat kekal yang dicalit di jari telunjuknya terpadam.

“Saya berbuat demikian kerana kecewa apabila dakwat itu terpadam dengan mudah sedangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum itu telah memaklumkan bahawa dakwat berkenaan hanya akan padam selepas tiga hari,” katanya.

Hal itu menyebabkan Mohd Fadhli pergi sekali lagi ke pusat pengundian yang sama dan diberi kertas undi, namun dia tidak menandakan kertas undi tersebut dan memberikannya kepada pihak polis bertugas.

Tertuduh kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan tetapi kemudian didakwa atas kesalahan membawa kertas undi keluar dari pusat pengundian.

Timbalan Pendakwa Raya Maisarah Juhari pada akhir pendakwaan berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah apabila Mohd Fadhli mengaku bahawa tindakannya adalah untuk mendedahkan kelemahan dalam sistem pilihan raya.

Bagaimanapun peguam tertuduh, Datuk Bastian Pius Vendargon berkata SPR tidak mewartakan kawasan sempadan tempat mengundi dan ini bermakna anak guammnya tidak keluar dari kawasan mengundi ketika dia membawa keluar kertas undi berkenaan.

Mohd Fadhli ketika ditemui pemberita kemudian berkata beliau berasa lega selepas dibebaskan daripada pertuduhan dan akan meneruskan kehidupannya seperti biasa selepas ini.

“Saya lega sebab kejayaan ini dapat membersihkan nama saya daripada pelbagai spekulasi negatif yang ditimbulkan oleh pihak tertentu ketika saya dituduh di mahkamah,” katanya yang turut ditemani seorang rakan wanita berbangsa Jerman. – BERNAMA

Tags: kes mahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd