• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Rakam Kenyataan Justo Di Bangkok Pada 15 Dis

oleh Ahmad Albab
10/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan merakam kenyataan bekas eksekutif kanan PetroSaudi International (PetroSaudi) Xavier Andre Justo yang kini ditahan di Bangkok, Thailand, berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Selasa depan (15 Dis).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tarikh tersebut telah ditetapkan polis Thailand.

“Satu pasukan anggota PDRM yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh akan berangkat ke sana untuk menemu bual Justo,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Polis Bantuan Malaysia ke-27 di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden Persatuan Polis Bantuan Baharuddin Othman dan Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye.

Justo, 49, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan di Thailand pada 17 Ogos lepas kerana memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi sebanyak 2.5 Juta Swiss Frane (RM11 juta) dengan menggunakan dokumen yang dicuri daripada syarikat berkenaan.

Bernama pada 5 Dis lepas melaporkan rakaman kenyataan Justo berhubung isu 1MDB yang djadual pada Selasa lepas (8 Dis) tetapi terpaksa ditangguhkan pihak polis Thailand.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata terdapat perkembangan baharu berhubung tangkapan kumpulan militan IS yang dilakukan semalam namun kenyataan berhubungnya akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Memang ada tangkapan baharu semalam … bila (siasatan) dah siap (selesai) nanti kita keluarkan kenyataan. Ada pertimbangan-pertimbangan sebelum kita mengeluarkan kenyataan kerana operasi belum selesai,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata terdapat sebanyak 27,058 kekosongan bagi jawatan polis bantuan melibatkan 212 agensi yang telah diluluskan penubuhannya di seluruh negara.

Katanya kajian semula berkaitan peraturan polis bantuan juga akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

“Kita tidak dapat nafikan bahawa kehadiran polis bantuan ini membantu menurunkan jenayah terutama jenayah jalanan di negara ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: PDRMXavier Andre Justo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PEKAN – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer...

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd