• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasma Gesa Azmin Sisihkan PAS Daripada Kerajaan Negeri Selangor

oleh Ahmad Albab
02/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) menggesa kerajaan negeri Selangor supaya mengikut jejak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang tegas menyisihkan PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri selepas parti itu enggan menganggotai Pakatan Harapan.

Presiden Pasma Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali sepatutnya tegas dengan pendirian dan resolusi yang telah dipersetujui antara parti komponen Pakatan Harapan.

“Beliau (Mohamed Azmin) perlu buat keputusan sama seperti di Pulau Pinang iaitu tidak perlu kekalkan PAS dalam kerajaan negeri yang diterajuinya itu.

“Mungkin Mohamed Azmin masih kekalkan PAS dalam pentadbirannya kerana beliau mahu memujuk parti Islam itu menganggotai Pakatan Harapan, tetapi saya percaya mereka (PAS) tidak akan bersetuju,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata Pasma juga bersedia untuk mengemukakan nama anggotanya untuk memegang jawatan dalam kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan termasuk pelantikan sebagai anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negeri(JKKKN).

Katanya sebelum ini di Pulau Pinang seramai 1,083 anggota JKKKN dari parti PAS telah meletak jawatan dan Pasma bersedia dilantik sekiranya kerajaan negeri menghendaki mereka.

Dalam perkembangan lain, Phahrolrazi mahu Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu supaya berhenti membuat kenyataan berunsur negatif yang boleh menjatuhkan mana-mana parti pembangkang.

Katanya tindakan Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu itu tidak memberi keuntungan kepada parti pembangkang, sebaliknya beliau perlu beri tumpuan terhadap perjuangan parti pembangkang, berbanding mengeluarkan kenyataan yang mampu merendahkan martabat mereka.

“Mat Sabu tak perlu beri banyak masa untuk fokus kepada parti pembangkang. Sebaliknya, dia perlu beri lebih tumpuan kepada Barisan Nasional (BN). Dia juga tak perlu beri komen negatif kepada rakan parti pembangkang lain kerana dia perlu tumpukan perhatiannya terhadap isu nasional yang dibuat BN,” katanya.

Semalam kepimpinan tertinggi PAS menyifatkan dakwaan Mat Sabu bahawa parti itu diresapi pemikiran militan IS, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]27S1yYwty_o[/wpdevart_youtube]

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan 'Malaysia aman tanpa DAP' sangat berbahaya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd