• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parlimen: AES Akan Diperluas Ke Seluruh Negara – Aziz Kaprawi

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan diperluas ke seluruh negara bagi mengatasi kemalangan jalan raya, persidangan Dewan Negara diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata AES akan diperluas ke lokasi berisiko kemalangan yang dikenal pasti hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

“Pada masa ini, kita masih dalam perbincangan dengan pihak berkaitan untuk manambah baik terma perjanjian AES yang mengambil kira pandangan dan maklumat balas pelbagai pihak sebelum ia boleh diperluaskan.

“AES masih diteruskan di 14 lokasi iaitu di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang melibatkan 10 kamera tetap serta empat kamera mudah alih,” katanya menjawab soalan Senator Dr. Ariffin S.M Omar yang ingin tahu langkah kerajaan dalam membangun dan memperluaskan khidmat AES.

AES dilaksanakan bertujuan mengawal had laju kenderaan dan pelanggaran lampu isyarat melalui kamera yang dipasang di laluan tertentu bagi mengurangkan kemalangan jalan raya.

Abdul Aziz berkata selain memperluas operasi AES, kerajaan juga sedang merangka pelan pelaksanaan dan model operasi yang baharu bagi fasa berikutnya supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih inklusif dan mudah diterima masyarakat.

Menjawab soalan Senator Chia Soong Cheng mengenai penambahbaikan AES, beliau berkata pada masa ini kementerian akan membuat penjenamaan semula bagi menangani persepsi orang ramai yang mengganggap sistem itu hanyal bersifat menghukum.

“Kita akan buat penjenamaan semula AES kepada Malaysia Road Traffic Safety Programme (MRTSP) bagi menangani persepsi orang ramai yang kurang mesra dengan terma penguatkuasaan dan persepsi AES yang seolah-olah bersifat menghukum.

“Melalui penjenamaan semula ini, Lembaga Tabung Angkatan Tentera akan mengurus kamera statik manakala Polis Diraja Malaysia akan mengambil alih kamera bergerak,” katanya. – BERNAMA

Tags: AESParlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan esok bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd