• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Boleh Main Peranan Bantu SPRM Banteras Rasuah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Badan bukan kerajaan (NGO) boleh memainkan peranan dalam usaha membanteras rasuah seperti menerangkan kepada masyarakat tentang kegiatan dan kesan akibat rasuah.

Penolong Kanan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tawau, Mohd Yusof Awang Lah berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan serta memberi peluang kepada NGO yang ingin bekerjasama dengan SPRM dalam menganjurkan pelbagai program berkaitan rasuah.

Beliau berkata penganjuran Konvoi Kembara Anti Rasuah peringkat negeri Sabah 2015 bersama-sama Sabah Big Bikers Association (SBBA) kali ini menunjukkan peranan NGO dalam memberikan sokongan sebagai usaha membanteras rasuah.

“Konvoi ini dibuat sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa yang akan disambut pada 9 Dis ini bertujuan memerangi rasuah dengan menyampaikan maklumat kepada masyarakat tentang kesengsaraan yang terpaksa ditanggung akibat jenayah rasuah,” katanya selepas melepaskan konvoi berkenaan di pekarangan Majlis Perbandaran Tawau di sini hari ini.

Mohd Yusof berkata dengan usaha itu, masyarakat diharapkan agar dapat bersama-sama menyemarakkan lagi semangat anti rasuah dengan mencipta gelombang perangi rasuah.

“Laporkan kepada SPRM sekiranya ada perlakuan jenayah rasuah di tempat masing-masing,” katanya.

Konvoi yang disertai 32 buah motosikal berkuasa tinggi dari SBBA dan SPRM itu berlangsung selama empat hari sejak Isnin lepas, bermula dari Kota Kinabalu dan melalui beberapa daerah terpilih seperti Kota Belud, Kudat, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan. – BERNAMA

Tags: NGOrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Kedudukan Sosioekonomi Masyarakat India Terhakis – Charles Santiago

Kedudukan Sosioekonomi Masyarakat India Terhakis – Charles Santiago

21/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen DAP, Charles Santiago membangkitkan kebimbangan mengenai kedudukan sosioekonomi masyarakat India di negara ini yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd