• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musuh Islam Tidak Senang PAS, UMNO Tonjol Perpaduan

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan mengakui ramai pihak terkesima dengan unsur perpaduan yang ditonjolkan dua pemimpin utama UMNO dan PAS pada Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di sini semalam.

Kata beliau, perpaduan yang ditonjolkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam majlis itu perkara memang wajib dilakukan oleh pemimpin terbabit demi perpaduan umat Islam.

“Umat Islam adalah umat terbaik. Namun ia menjadi lemah dan lesu apabila berpecah. Maka pemimpin umat Islam wajib memikirkan bagaimana kesatuan umat Islam boleh diusahakan.

“Tiadalah suatu yang indah dalam kehidupan ini melainkan apabila kita boleh melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah saat ia sukar dilakukan. Antara perintah Allah yang termaktub dalam Al-Quran namun sangat sukar untuk direalisasikan ialah perpaduan umat Islam berasaskan tali Allah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Nasrudin memuji ucapan dua pemimpin utama parti politik besar umat Islam terbabit mengenai perpaduan yang beliau anggap begitu baik dan `indah’.

Menurutnya, isu yang menemukan pemimpin utama UMNO dan PAS itu jauh lebih hebat berbanding pertemuan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarham Datuk Fadzil Mohd. Noor pada Mei 2002 yang menjurus kepada isu Palestin.

“Kali ini, perbahasan isu yang menemukan pemimpin utama dua parti politik besar negara adalah lebih luas sempadan tajuknya menjangkau isu perpaduan umat sejagat dengan meletakkan pasak tali Allah sebagai tunjang perpaduan umat,” katanya.

Menurutnya, fenomena perpaduan yang ditonjolkan pemimpin utama PAS dan UMNO itu sebenarnya tercapai melalui amalan politik matang.

Jelasnya, amalan politik matang meletakkan tanggungjawab kepada kerajaan yang memerintah supaya melaksanakan Islam dan keadilan kepada semua kaum.

Manakala, katanya, pembangkang berperanan secara konstruktif membangun dan membina serta mewujudkan `check and balance’.

“Politik matang menuntut semua pihak berlapang dada dan mampu duduk semeja serta berdiri sepentas bagi membincangkan isu-isu bersama khasnya perkara yang boleh menyatukan umat Islam.

“Musuh Islam sememangnya siang dan malam merencana untuk memecah-belahkan umat Islam. Mereka berpesta apabila umat Islam bercakaran dan pastinya mereka tidak senang duduk apabila umat Islam bersatu dengan ikatan yang kukuh iaitu Islam,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: PASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), yang disifatkannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd