• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH132 Terima Dua Laluan Berbeza – MAB

oleh Ahmad Albab
28/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penerbangan MH132 Malaysia Airlines dari Auckland, New Zealand ke Kuala Lumpur yang dilaporkan menuju haluan yang salah pada 24 Dis menerima dua laluan berbeza, kata Malaysia Airlines Bhd.

Menurut kenyataan syarikat itu malam ini, MH132 diberikan pelan penerbangan terbaru oleh Pusat Dispatch Operasi (ODC) sementara Menara Kawalan Trafik Udara Auckland (ATC) telah dengan tidak sengaja diberikan pelan penerbangan yang lebih awal.

Bagaimanapun menurut syarikat penerbangan itu kedua-dua laluan mengikuti haluan penerbangan yang disahkan dan pesawat berkenaan mempunyai minyak yang cukup untuk kedua-dua laluan.

Syarikat penerbangan itu menyatakan pelan penerbangan bagi setiap penerbangan disediakan berdasarkan keadaaan pada masa berkenaan meliputi hal seperti cuaca, sebarang notis trafik udara serta tahap kecekapan laluan.

“Sekali-kali tidak ada tolak ansur bagi keselamatan penumpang dan kru pada sebarang masa,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Malaysia Airlines kini sedang menjalankan siasatan perkara berhubung penyerahan pelan penerbangan itu.

The New Zealand Herald hari ini melaporkan juruterbang penerbangan MH132 melahirkan perhatian beratnya lapan minit setelah berlepas bila pesawat Airbus A330 itu diarah terbang lebih jauh ke selatan daripada pada biasa.

Kejadian itu berlaku ketika pesawat itu berlepas pada 2.23 pagi Hari Krismas (9.23 malam waktu Malaysia menjelang Krismas), kata kenyataan itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]07FK5MW5HA4[/wpdevart_youtube]

Tags: MAB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Airlines Tawar Cuti Tanpa Gaji 13,000 Kakitangan

12/03/2020
0

SHAH ALAM - Seramai 13,000 kakitangan Malaysia Airlines Berhad diminta mengambil cuti tanpa gaji susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang...

Khazanah Nasional Teruskan Kerjasama Dengan MAB

02/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd. hari ini berkata, ia akan terus bekerjasama dengan kerajaan dan Malaysia Airlines (MAB) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd