• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mekanik & Pelajar Kolej Ditahan, Heroin Bernilai RM10,000 Dirampas

oleh Ahmad Albab
18/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang mekanik dan pelajar kolej ditahan dan heroin seberat 520 gram bernilai lebih dari RM10,000 dirampas daripada mereka semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata kedua-duanya yang berusia 32 tahun dan 20 tahun ditahan di jalan susur masuk Plaza Tol Seremban-Labu.

“Suspek yang berusia 32 tahun yang bekerja sebagai mekanik didapati positif methamphetamine dan mempunyai dua rekod jenayah berkaitan Ordinan Darurat dan Ordinan Pencegahan Jenayah.

“Manakala rakannya yang masih belajar di kolej didapati positif methamphetamine,” katanya dalam sidang media di sini Jumaat.

Beliau berkata dalam tangkapan tersebut, pihak polis turut merampas alat penimbang digital, tiga buah telefon bimbit serta sebuah kereta.

Muhamad Zaki berkata siasatan akan diteruskan untuk menentukan sama ada rangkaian sindiket turut terlibat dan pihaknya percaya dadah tersebut dibawa dari Lembah Klang untuk dipasarkan di sekitar Seremban dan Nilai.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihak polis menahan seorang suspek berusia 23 tahun semalam di rumah sewanya di Ampangan.

“Ketika serbuan dilakukan, suspek sedang memasak daun ketum dipercayai untuk dijual kepada warga asing di sekitar daerah ini,” katanya.

Beliau berkata dalam serbuan tersebut, pihak polis telah merampas satu periuk besar yang di dalamnya terdapat daun dipercayai daun ketum yang telah dimasak dengan anggaran berat lima kilogram.

Turut dirampas ialah 29 bungkusan plastik berisi cecair yang dipercayai air ketum, sebekas tong plastik berisi air ketum yang belum dibungkus, satu beg plastik yang berisi daun ketum dengan berat 5.1 kilogram, satu dapur gas dan satu bekas jag plastik, katanya. – BERNAMA

Tags: kes dadahMekanik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd