• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Mangsa Nahas Di Chiang Mai Dijangka Tiba Hari Ini

oleh Ahmad Albab
23/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Semua 13 mayat pelancong Malaysia yang maut dalam nahas di Chiang Mai, Thailand, Ahad lalu dijangka tiba ke Malaysia hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong berkata mayat berkenaan dijangka tiba sama ada petang atau malam ini dengan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Thailand.

Bagaimanapun, katanya, Wisma Putra kini masih menyelaraskan lagi urusan penghantaran pulang semua mayat berkenaan.

“Saya difahamkan pejabat Kedutaan Malaysia di Bangkok bahawa proses bedah siasat kesemua mayat sudah selesai jam 1 pagi tadi dan kini proses pengesahan DNA sedang dijalankan.

“Daripada maklumat awal yang diperoleh kerajaan negeri, semua mayat dijangka tiba sama ada di Subang atau Senai sebelum dibawa pulang ke Batu Pahat, ” katanya pada sidang media di pejabat urusan Agensi Chiu Travel, di sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian pada jam 12.20 tengah hari (1.20 tengah hari waktu Malaysia) itu, bas yang dinaiki 22 pelancong dari Batu Pahat itu dipercayai terbabas selepas merempuh kereta dan tiang elektrik di Jalan Chiang Mai-Chiang Rai dekat Tambon Pamieng yang terletak dalam daerah Doi Sarket, 700 kilometer dari Utara Bangkok, Thailand.

Sultan Johor Zahir Takziah Keluarga Mangsa Kemalangan Bas

Kemalangan itu menyebabkan 13 daripada pelancong disahkan maut, manakala empat dari mereka cedera parah, selain lima pula mengalami kecederaan.

Sumber: BHarian Online

[wpdevart_youtube]zNVnKfI47k4[/wpdevart_youtube]

Tags: baskemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd