• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Kapten Hasman Dihanyut Banjir Di Missouri Ditemui

oleh Ahmad Albab
02/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Markas Tentera Darat (MTD) di sini hari ini mengesahkan mayat Kapten Hasman Hussin yang dilaporkan hilang Sabtu selepas dipercayai dihanyutkan banjir di Pulaski County, Missouri, Amerika Syarikat telah ditemui pada Isnin.

MTD dalam kenyataannya hari ini menyebut bahawa mayat Allahyarham ditemui pada 11 pagi waktu tempatan pada 28 Disember dan jenazahnya dibawa ke rumah mayat Hospital Fort Leonard Wood.

“Keluarga Allahyarham telah dimaklumkan tentang penemuan ini oleh Pegawai Kanan Tentera Darat yang telah melakukan lawatan pagi tadi ke rumah Allahyarham di Felda Palong, Negeri Sembilan dan di Masjid Tanah, Melaka,” menurut kenyataan itu.

MTD menjelaskan bahawa pihaknya sedang berusaha untuk menguruskan pergerakan waris terdekat mangsa ke Amerika Syarikat (AS) bagi tujuan proses pengecaman dan pengesahan jenazah.

“Urusan membawa balik jenazah sedang diusahakan secepat mungkin dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di AS dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur,” menurut kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan seluruh warga TD mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan akan memastikan segala urusan membawa pulang dan pengebumian jenazah berjalan lancar.

Hasman yang sedang menjalani kursus di Fort Leonard Wood sejak 1 Okt lepas dilaporkan hilang apabila kenderaan yang dinaiki bersama rakan kolejnya dihanyutkan banjir di Missouri, yang turut meragut nyawa empat rakannya. – BERNAMA

Tags: Kapten Hasman HussinMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd