• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Pengkhianat Islam Paling Besar! – PAS

oleh Ahmad Albab
07/12/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS menyifatkan pemimpin Pakatan Harapan yang juga Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu melakukan pengkhianatan yang paling besar dalam sejarah perjuangan Islam di negara ini.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, Mohamad atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu telah mengkhianati perjuangan Islam dengan membuat tuduhan melampau kononnya punca penubuhan PAS diresapi pemikiran ISIS dan budaya takfiri.

“Sebagai seorang anak muda yang terlibat dengan PAS bahkan pernah melalui zaman kecil dan membesar dengan cerita kegemilangan PAS melalui tokoh-tokoh yang ikhlas berjuang, tuduhan PAS sebagai sebuah parti diresapi fahaman ISIS adalah suatu tuduhan yang melampau.

“Pengkhianatan dengan tuduhan tersebut mengguris semua pihak yang berjuang bersama PAS,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Syarhan Humaizi berkata, tuduhan Mat Sabu itu sebenarnya bertujuan supaya PAS diharamkan oleh kerajaan Persekutuan kerana dikhuatiri membawa anasir keganasan di negara ini berdasarkan dakwaan itu.

Justeru, beliau berpesan kepada Mat Sabu supaya takut dengan doa para ulama kerana Allah S.W.T yang akan menentukan parti politik mana yang akan berkubur kelak.

“Pesan saya takutlah dengan doa para ulama. Takutlah dengan doa orang yang ikhlas. Takutlah dengan doa orang yang dizalimi. Takutlah dengan doa para perjuang Islam. Allah pasti akan tentukan siapa akan terbubar dan siapa akan terkubur akibat pengkhianatan memakan diri sendiri,” tegasnya.

Mat Sabu yang disingkirkan daripada jawatan Timbalan Presiden PAS pada Jun lalu bertindak mewujudkan parti Islam baharu, PAN bagi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam Pakatan Harapan. – mynewshub.cc

Tags: Mat SabuPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd