• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masjid Lambang Kekuatan Islam – Raja Muda Perlis

oleh Ahmad Albab
10/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Masjid sebagai tempat beramal dan beribadat umat Islam sewajarnya menjadi lambang kekuatan penganutnya dalam menghadapi cabaran semasa, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faiuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah, untuk itu umat Islam harus melaksanakan amal bakti secara kolektif, membina budaya ilmu dan mempertahankan nilai-nilai masyarakat selaras kehendak Islam.

“Justeru, setiap pegawai masjid hendaklah berfikir dan bertindak secara kreatif serta memaksimumkan kemudahan masjid demi faedah umat Islam,” titah baginda ketika merasmikan bangunan tambahan Masjid Al-Aziz Kampung Tok Kaya, Kayang di sini, malam tadi.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah agar setiap masjid menggunakan tanah wakaf sepenuhnya sebagai sumber pendapatan termasuk membina bangunan komersial.

“Dalam usaha memenuhi hasrat ini, pentadbiran masjid harus sentiasa prihatin dengan aspek kebersihan yang merupakan lambang ketinggian ajaran Islam selain mematuhi garis panduan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin juga berharap golongan remaja diberi peluang untuk berada di barisan hadapan dalam setiap aktiviti masjid, termasuk dilantik sebagai anggota jawatankuasa bertujuan melatih mereka mendekatkan diri dengan institusi berkenaan.

Titah baginda, belia yang mahir dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dapat membantu jawatankuasa masjid meningkatkan penguasaan teknologi maklumat sebagai nilai tambah dalam mengharungi cabaran semasa yang bersifat global.

Bangunan tambahan masjid tersebut mula dibina pada Disember tahun lepas dan siap April lepas yang mampu menampung sebanyak 500 jemaah. – BERNAMA

Tags: masjidRaja Muda Perlis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik badan bukan kerajaan (NGO) Islam, masjid dan surau yang 'terhegeh-hegeh' menganjurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd