• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gagal Jalani Proses Imigresen, MAS Diberi Amaran Pertama

oleh AK-47
02/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DISEBABKAN kegagalan memastikan kesemua penumpang menjalani proses pemeriksaan Jabatan Imigresen baru-baru ini, syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad telah diberi amaran pertama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Kejadian berlaku membabitkan penumpang pesawat MH741 yang berlepas dari Myanmar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pesawat ini dilaporkan terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi berikutan masalah cuaca yang buruk.

Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, amaran itu merupakan satu peringatan kepada syarikat penerbangan berkenaan agar pihak mereka mematuhi peraturan Imigresen di masa akan datang.

“Saya difahamkan pesawat MH741 yang membawa 135 penumpang terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi kerana masalah cuaca buruk tetapi hanya 32 penumpang termasuk lima kru diperiksa Imigresen.

“Selebihnya 103 orang ditukarkan menaiki pesawat lain tanpa menjalani sebarang pemeriksaan Imigresen tiba di KLIA sebagai penumpang domestik.

“Saya memberi amaran kepada semua syarikat penerbangan yang membawa penumpang antarabangsa supaya mematuhi undang-undang negara kerana ini juga membabitkan isu keselamatan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Asean: Pengenalpastian Mangsa Pemerdagangan Orang dan Jenis Eksploitasi Yang Berkaitan di sini, hari ini. – Sumber: MyMetro

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=lhnrjDiNNVU&w=560&h=315]

Tags: ImigresenKLIAMalaysia Airlines
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd