• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mara Digital Hanya Pilihan, Bukan Untuk Saingan – Ismail Sabri

oleh Ahmad Albab
26/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Ada pihak didapati tidak senang dengan kewujudan Mara Digital sehingga sanggup menyebarkan pelbagai tohmahan termasuk melalui media sosial untuk memastikan pusat usahawan digital bumiputera itu gagal.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak berkenaan dipercayai melakukan perkara itu untuk memastikan monopoli mereka dalam bidang itu terus kekal.

“Langkah mewujudkan Mara Digital ini bukan untuk bersaing dengan mana-mana pihak tetapi sebagai langkah untuk menyediakan tempat perniagaan kepada bumiputera sesuai dengan peranan Mara itu sendiri.

“Ini kerana selama ini peniaga bumiputera dalam bidang tersebut susah untuk mendapat tempat dan jikalau adapun sewanya agak mahal, menyebabkan ramai yang tidak mampu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program ‘Back To School Yayasan Pelajaran Mara’ di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Pengerusinya, Zahida Zarikh Khan.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata pihak lain tidak sepatutnya merasa terancam dengan kewujudan pusat digital berkenaan ia hanya merupakan alternatif kepada pusat digital yang sedia ada di negara ini.

“Tak perlu rasa terancam sebab pusat itu hanya mempunyai 38 gerai berbanding pusat digital lain yang lebih besar dan mempunyai beratus-ratus gerai.

“Kami hanya menyediakan pilihan kepada pengguna dan kami tidak pernah memaksa mereka untuk membeli-belah di situ, jadi tak perlulah nak memburukkan Mara Digital,” katanya.

Menurutnya kewujudan Mara Digital juga sedikit sebanyak membantu menghidupkan kembali Arked Mara yang selama ini perniagaan di kawasan itu hampir malap.

Sementara itu sepanjang tahun ini Yayasan Pelajaran Mara memperuntukkan RM2.5 juta untuk menyalurkan peralatan kelengkapan persekolahan kepada 25,000 pelajar di seluruh negara.

Ismail Sabri berkata jumlah itu meningkat berbanding RM1.8 juta peruntukan yang disalurkan pada tahun lepas untuk membantu 16,000 pelajar. – BERNAMA

Tags: Ismail SabriMara Digital
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd