Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Unik! ‘Real Wedding’, Gambar...

KENAPA kalau kita lihat saja gambar kahwin, pasti setting lebih kurang sama. Di sawah...

SPRM Siasat FGV Jika...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk membuat siasatan dalam...

Fikirlah: Perkataan ‘Percuma’ Taktik...

KUALA LUMPUR - Sering kita dengar ramai yang tertipu dengan pelbagai tawaran yang...

Polis Korea Selatan Temui...

SEOUL : Polis Korea Selatan mengenal pasti kamera pengintip dipasang di hampir 40...

Majlis Perkahwinan Bertemakan Filem Star Wars

UMUM mengetahui sememangnya kini ‘demam’ filem Star Wars: The Force Awakens sedang melanda rata-rata penduduk di seluruh dunia.

Tayangan filem francais kesukaan ramai ini mencipta fenomenanya yang tersendiri di Malaysia. Ini terbukti apabila beberapa pawagam utama seluruh negara telah mengadakan waktu tayangan secara marathon sehingga ke awal pagi.

Baca: Demam Star Wars, Peminat Berkampung Di TGV

Fenomena yang terjadi ini jelas membuktikan filem ini masih ini mendapat tempat dalam kalangan peminat filem. Terbaharu di Hollywood, Amerika Syarikat, pasangan dari Australia yang merupakan peminat tegar filem ini telah melangsungkan upacara perkahwinan mereka dengan memilih tema Star Wars.

Menariknya, upacara perkahwinan Andrew Porter, 29, dan Caroline Ritter, 34, yang berlangsung semalam telah dijalankan beberapa jam sebelum tayangan premier Star Wars di TCL Chinese Theater di Hollywood.

Menurut Ritter, idea melangsungkan perkahwinan berlatarbelakangkan konsep dan tema ini adalah dari pihal TCL Theater sendiri.

Dalam acara itu, Ritter telah diiringi oleh Darth Vader sambil alunan muzik soundtrack dari filem itu sendiri dimainkan oleh beberapa orang pemain violin.


Selain itu, R2D2 pula ‘ditugaskan’ untuk membawa cincin kedua pasangan tersebut. Manakala jurunikah majlis itu pula menyarungkan kostum Obi Wan Kenobi.

CWdeLkDUEAAfxGK

CWdeLlIUkAEW1BW

Pasangan ini merupakan antara kumpulan terawal yang setia menunggu di luar pawagam tersebut sejak 5 Disember lalu untuk mendapatkan tiket tayangan premier ini.

Syarat yang ditetapkan oleh pihak pawagam adalah, setiap penonton yang ingin mendapatkan tiket berkenaan mestilah setia menunggu selama 24 jam sebelum mendapatkan tiket filem berkenaan. – Sumber: ABC News/ MYNEWSHUBCC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=qL9iPyqnodM]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori