• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Majlis Bersama Timbalan Presiden UMNO’ Bangkitkan Isu Lama Yang Sama

oleh Ahmad Albab
08/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penceramah pada “Majlis Bersama Timbalan Presiden UMNO’ semalam telah mengetengahkan isu-isu lama yang sama dan telah dibangkitkan sejak setahun lepas, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata sebenarnya tiada apa yang baharu apabila penceramah-penceramah hanya memperkatakan tentang perkara yang telahpun mereka perkatakan banyak kali.

“Sebagai contoh, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) yang ditugaskan menyiasat derma RM2.6 bilion, telah mengeluarkan kenyataannya hari ini, dan kenyataan berkaitan 1MDB (1Malaysia Development Berhad) juga telah dikeluarkan lebih daripada sekali,” katanya menerusi catatan terbaru dalam blog beliau http://sskeruak.blogspot.com/ malam tadi.

“Yang jelas mereka tidak begitu berminat dengan jawapan-jawapannya sungguhpun mereka menyatakan mereka mahukan jawapan. Tetapi apabila jawapan-jawapan diberikan, mereka tidak mengendahkan jawapan-jawapan itu dan berterusan bertanyakan soalan sama berulang-ulang kali,” katanya.

Dalam blog itu, Salleh turut mengulas cadangan dibuat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada majlis itu supaya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) digunakan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Untuk mencadangkan Sosma digunakan ke atas Najib merupakan perbuatan menyalahgunakan undang-undang antikeganasan itu. Dalam cara apakah 1MDB atau RM2.6 bilion merupakan perbuatan keganasan?,” soal Salleh.

“Mula-mula mereka melaungkan ia adalah rasuah. Kini mereka mendakwa ia adalah keganasan. Mereka tidak lagi konsisten dalam kenyataan mereka,” katanya.

“Apa yang mereka mahu sebenarnya, seperti yang mereka akui malam ini, supaya Perdana Menteri Najib Tun Razak berundur. Inilah perkara yang sebenarnya. Malah mereka mencadangkan supaya beliau bercuti dan kembali semula sebagai Perdana Menteri apabila beliau didapati bersih daripada dakwaan itu, yang jelas sekali langsung tidak praktikal,” katanya.

Malam tadi, Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri “Majlis Bersama Timbalan Presiden UMNO”, yang turut dihadiri Dr Mahathir dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, di sini.

Dalam ucapannya pada majlis itu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyentuh pelbagai isu semasa termasuk tentang syarikat 1MDB, kedudukan ekonomi negara, hal ehwal UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO. – BERNAMA

Tags: Salleh KeruakUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd