• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Nyaris Rentung, Kereta Terbakar Selepas Kemalangan

oleh Ahmad Albab
01/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seorang pemandu nyaris rentung selepas keretanya hilang kawalan sebelum terbabas melanggar tembok dan terbakar di Jalan Kulim – Bukit Mertajam, di Machang Bubuk, di sini malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata mangsa seorang lelaki berusia lingkungan 30-an bersendirian ketika memandu kereta jenis Perodua Myvy sebelum terbabas dan tersepit di tempat duduk pemandu.

Katanya bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.06 malam dan jentera pertama tiba di lokasi kejadian kira-kira 12 minit kemudian.

“Semasa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam tiba di lokasi, mangsa yang tersepit itu telah berjaya diselamatkan orang ramai yang berada di situ.

“Kemalangan itu menyebabkan bahagian enjin, tempat penumpang hadapan dan tempat pemandu kereta berkenaan terbakar dan bomba berjaya memadamkan kebakaran tersebut,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap itu berkata pihaknya berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke bahagian lain pada pukul 11.20 malam dan api berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira sembilan minit kemudian.

Katanya mangsa telah dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil. – BERNAMA

Tags: kebakaranrentung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd