• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dikhuatiri Lemas Terjatuh Sungai

oleh Ahmad Albab
25/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Teluk Intan – Lelaki, 51, dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot dinaikinya di Sungai Bidor, Batu 6, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa Zainal Abu Yamin dipercayai menaiki bot dipandunya sendiri dalam perjalanan pulang memancing ke Jeti Datarn Sungai Udang di sini, bersama rakannya yang menaiki bot berasingan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 8.27 malam sebelum pasukannya bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, setiba di lokasi kejadian, lapan anggota dan sebuah bot diturunkan bagi memulakan operasi pencarian seluas 2.5 kilometer (km) di kawasan sungai berkenaan.

Menurutnya, rakannya memaklumkan yang dia tidak melihat kelibat mangsa selepas 10 minit bergerak pulang dari lokasi memancing.

“Rakannya yang menaiki bot di hadapan bot mangsa menoleh ke belakang untuk melihat keadaan mangsa namun mendapati bot mangsa tidak kelihatan sebelum berpatah balik untuk mencari mangsa.

“Sebaik menemui bot mangsa, rakan mangsa mendapati mangsa sudah terjatuh ke dalam sungai dan cuba memberi bantuan namun gagal selepas mangsa hanya timbul sekali sebelum terus hilang,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pihaknya terpaksa berhati- hati dalam operasi mencari dan menyemat berikutan lokasi kejadian dikenal pasti kawasan berbahaya kerana dipercayai terdapat buaya. – myMetro Online

Tags: lelakimati lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd