• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuro-Tamago: Telur Rebus Hitam Ini Bisa Panjangkan Hayat?

oleh AK-47
28/12/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

OWAKUDANI, atau juga dikenali sebagai ‘Lembah Didihan Besar’ merupakan sebuah kawah gunung berapi yang terbentuk 3,000 ribu tahun lalu semasa gunung berapi Hakone meletus.

Letusan yang amat dahsyat itu seterusnya menghasilkan kawasan tadahan air panas semulajadi yang tinggi kadar kandungan sulfurnya. Kini, ratusan ribu pengunjung datang ke Owakudani setiap tahun untuk melihat, berendam dalam kolam ‘onsen’ atau spa air panas, juga untuk menikmati sejenis makanan istimewa lembah itu yang digelar ‘Kuro-Tamago’ atau telur hitam.

Kuro-Tamago sebenarnya hanyalah telur ayam biasa yang direbus dalam kolam air panas di situ. Oleh kerana kandungan sulfur hidrogennya yang tinggi, tindakbalas kimia antara air panas dengan kalsium karbonat yang terdapat pada kulit telur menjadikannya hitam legam seperti arang.

Japan-Trip-2012-vol-3-22

Cara telur-telur direbus juga unik– beberapa ratus biji telur direbus sekaligus di dalam kolam air panas yang terletak di puncak sebuah bukit, sebelum direndam ke dalam air gunung yang bersuhu 80ËšC selama satu jam. Proses rumit tidak terhenti di situ. Seterusnya, telur-telur akan dikukus pula pada suhu 100ËšC selama 15 minit.

Bagaimanapun, jangan gusar kerana telur rebus ini masih boleh dimakan, bahkan dikatakan mampu menambahkan hayat seseorang sehingga 7 tahun!

Dari sudut rasa dan warna pula, pengunjung yang pernah mencuba Kuro-Tamago berkata telur rebus ini mempunyai rasa yang lebih ‘pekat’ dan lemak berkrim daripada telur rebus biasa.

Pengunjung yang ingin ke kawasan pelancongan unik ini mempunyai pilihan sama ada berjalan kaki selama 15 minit ke puncak bukit di lembah Hokane itu ataupun menaiki kereta kabel merentasi Tasik Ashi.

Sesampainya di puncak, bolehlah anda nikmati telur rebus panas-panas sambil melihat keindahan permandangan sekitar yang berhadapkan Gunung Fuji.

Telur rebus hitam Owakudani ini sungguh terkenal di seluruh Hakone dan dijual pada harga 500 Yen untuk lima biji. RM17 untuk tambahan hayat selama 35 tahun?

Okay, kami nak ke sana sekarang! - MYNEWSHUB.CC

Teks: Sara Khalid

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Go-1dlAvNOQ]

Tags: jepununik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Jepun hari ini digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud, mencetuskan panik di beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd