• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Cari Mekanisme Selesai Tunggakan Bayaran Kontrakor

oleh Ahmad Albab
25/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEDU – Kementerian Pendidikan akan mencari mekanisme terbaik bagi menyelesaikan masalah tunggakan pembayaran kepada syarikat kontraktor di bawah kementerian pada masa akan datang, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata pihaknya terlebih dahulu mahu berbincang dengan pelbagai pihak berkaitan bagi mencari titik kelemahan sistem pembayaran sedia ada bagi tujuan itu.

Jelasnya, ini kerana sistem pembayaran sedia ada tidak dibuat secara berpusat tetapi dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang diturunkan kuasa kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Jadi saya (kena) tengok baliklah, keseluruhan PPD 137 sekarang dan akan tengok bagaimana kaedah pembayaran dan macam mana mereka salurkan kepada kontraktor,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Kasih Siswa Universiti Utara Malaysia di sini Jumaat.

Tiga pecahan utama kontraktor sekarang ialah kontraktor dewan makan asrama, kawalan keselamatan tanpa senjata, dan kontraktor kebersihan sekolah, katanya ketika mengulas rungutan syarikat-syarikat kontraktor yang masih belum menerima pembayaran selama berbulan-bulan walaupun kerja telah dilaksanakan.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata KPM akan berusaha memberi peluang kedua kepada pelajar yang melakukan kesalahan serius sehingga menyebabkan dibuang sekolah.

“Kami masih bagi peluang kedua, melainkan kesalahan melibatkan mahkamah kena pergi Sekolah Pemulihan Akhlak.

“Soal kesalahan pelajar yang melampaui kesalahan biasa, tak kira kes melibatkan khalwat, gangsterisme, buli, ia bukan saja bergantung semata-mata di sekolah, bergantung juga kepada ibu bapa dan masyarakat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kementerian Pendidikankontraktor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

Tragedi Kayak: KPM Ambil Tanggungjawab Penuh, Teliti Semula SOP Aktiviti Luar Kampus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh terhadap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan...

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

Kumpulan Kedua Adalah ‘Penjilat Tegar’, Buatlah Apa Pun Semuanya Terbaik – Anuar Ahmad

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pakar pendidikan, Anuar Ahmad mengingatkan kepimpinan pendidikan di pelbagai peringkat supaya berhati-hati terhadap kelompok yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd